+ All documents
Home > Documents > Traditional Islamic Educational Development in ASEAN Community Comparison between Malaysia Indonesia...

Traditional Islamic Educational Development in ASEAN Community Comparison between Malaysia Indonesia...

Date post: 14-Nov-2023
Category:
Upload: uum
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
11
Pembangunan Pendidikan Islam Tradisional Dalam Komuniti ASEAN: Perbandingan Antara Malaysia, Indonesia dan Thailand 1 Traditional Islamic Educational Development in ASEAN Community: Comparison between Malaysia, Indonesia and Thailand Solahuddin bin Ismail PhD solahuddin@uum.my Zaheruddin Othman PhD [email protected] Pusat Pengajian Kerajaan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Abstract Education is one of the important things to develop the country. It’s base to manage the continuity of the human development. And the Islamic traditional education is a part of educational system to manage human values and contributes a lot of spiritual mankind ethics. But this aspect always disregard especially by Muslim communities which the Islamic traditional education has no economic values and not marketable to be add in the mainstream educational system. But how many peoples try to understand as an Islamic traditional education also gave more effort to the development. Nevertheless, an existence of ASEAN Community hopefully will be support and assist the Islamic traditional education to develop or expand their networking and sharing the Islamic knowledge to accommodate with current necessary. Collaboration between ASEAN Community should be easy to promote the Islamic traditional education as a part of important knowledge to develop civil society. So, this paper tries to examine the concepts of Islamic traditional education which most popular in Malaysia, Indonesia and Southern Thailand and how they sustain in the global world education. Keywords: Islamic studies, educational development, ASEAN region PENDAHULUAN Islam dan pendidikan adalah dua elemen yang tidak dapat dipisahkan. Ini kerana Islam telah melettakkan pendidikan sebagai tunjang yang sangat penting dalam mengangkat martabat seseorang menusia. Melalui pendidikan, generasi ulama dan umara dapat dilahirkan bagi 1. Kertas kerja ini dibentangkan di 2 nd International Conference on Innovation and Sustainability (ICOIS2015), Duangtawan Hotel Chiang Mai Thailand pada 12-13 November 2015.
Transcript

Pembangunan Pendidikan Islam Tradisional Dalam Komuniti ASEAN:

Perbandingan Antara Malaysia, Indonesia dan Thailand1

Traditional Islamic Educational Development in ASEAN Community:

Comparison between Malaysia, Indonesia and Thailand

Solahuddin bin Ismail PhD

[email protected]

Zaheruddin Othman PhD

[email protected]

Pusat Pengajian Kerajaan

Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa

Universiti Utara Malaysia

Abstract

Education is one of the important things to develop the country. It’s

base to manage the continuity of the human development. And the

Islamic traditional education is a part of educational system to manage

human values and contributes a lot of spiritual mankind ethics. But this

aspect always disregard especially by Muslim communities which the

Islamic traditional education has no economic values and not

marketable to be add in the mainstream educational system. But how

many peoples try to understand as an Islamic traditional education also

gave more effort to the development. Nevertheless, an existence of

ASEAN Community hopefully will be support and assist the Islamic

traditional education to develop or expand their networking and

sharing the Islamic knowledge to accommodate with current necessary.

Collaboration between ASEAN Community should be easy to promote

the Islamic traditional education as a part of important knowledge to

develop civil society. So, this paper tries to examine the concepts of

Islamic traditional education which most popular in Malaysia,

Indonesia and Southern Thailand and how they sustain in the global

world education.

Keywords: Islamic studies, educational development, ASEAN region

PENDAHULUAN

Islam dan pendidikan adalah dua elemen yang tidak dapat dipisahkan. Ini kerana Islam telah

melettakkan pendidikan sebagai tunjang yang sangat penting dalam mengangkat martabat

seseorang menusia. Melalui pendidikan, generasi ulama dan umara dapat dilahirkan bagi

1. Kertas kerja ini dibentangkan di 2

nd International Conference on Innovation and Sustainability (ICOIS2015),

Duangtawan Hotel Chiang Mai Thailand pada 12-13 November 2015.

membina ketamadunan. Demikian sumbangannya yang sangat besar sekali. Ilmu yang dibina dan

diwarisi tidak terputus dan berkesinambungan sejak kelahiran Islam sekitar abad ke 6M

hinggalah ke hari ini. Walaupun Islam lahir dalam lingkungan masyarakat yang tidak

bertamadun (jahiliyyah). Proses pendidikannya telah berjaya sedikit demi sedikit secara

berperingkat dan konsisten membina masyarakat hadhari (bertamadun) dan berjaya menjadikan

Islam itu sebagai satu tatacara hidup sempurna (Islam a complete way of life).

Secara umum, pendidikan Islam boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama adalah pendidikan

Islam moden. Sistemnya menyamai sistem pendidikan konvensional moden pada masa kini.

Cuma mungkin berbeza sedikit dari aspek nilai tambah yang menggabungkan ilmu agama

dengan ilmu akademik dan dilaksanakan dalam sistem pendidikan 'mainstream'. Oleh kerana ia

selari dengan sistem pendidikan semasa maka pengiktirafan yang diperolehi juga sama seperti

sistem kovensional biasa. Kedua adalah pendidikan Islam tradisional yang secara persepsinya

hanya mengajar dan belajar ilmu berkaitan bidang keagamaan sahaja. Ilmunya hanya fokus

kepada ilmu agama yang banyak ditelaah melalui kitab-kitab ulama besar Alam Melayu dan

Timur Tengah. Walaupun begitu, kedua-dua jenis pendidikan Islam ini telah meletakkan

matlamat yang sama iaitu membentuk insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Dalam mendepani modenisasi berserta cabaran globalisasi masakini, sistem pendidikan Islam

tradisional seringkali diabaikan dan kurang dipedulikan. Ini kerana gagasan ilmu yang

digunapakai dalam sistem pengajiannya seringkali disalahtafsirkan malahan dituduh kuno dan

tidak ekonomik kerana menggunapakai kitab-kitab lama yang tidak 'up to date' dan tidak seiring

dengan ilmu yang diperlukan daqlam khidupan moden manusia. Dan menjadi lebih malang lagi

apabila institusi pendidikan Islam tradisional dan pelajarnya telah dilabelkan sebagai pusat

kegiatan dan latihan bagi pelampau (extremist/terrorist) Islam yang mengganggu gugat

keharmonian masyarakat (Utusan Online, Mei 2014, Jiesheng Li, Global Pilitics, Hasan Basri,

2006). Imej Islam telah tercalar. Akibatnya masyarakat Muslim secara keseluruhan dipandang

serong oleh dunia umumnya kerana tohmahan tersebut. Persoalannya, adakah sistem pendidikan

Islam tradisional bersifat ortodoks dan begitu melampau sekali?. Sedangkan Islam secara

terminologinya bermaksud semlamat, sejahtera dan pendidikan Islam itu berusaha untuk

membangunkan modal insan yang berkualiti di dunia dan di akhirat.

Untuk membincangkan persoalan di atas, makalah ini penulis bahagikan kepada dua bahagian.

Pertama penulis akan membincangkan konsep pendidikan islam tradisional dan bahagian kedua

penulis akan membuat perbandingan corak pendidikan Islam tradisional meliputi tiga negara

ASEAN iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Bahagian 1

KONSEP PENDIDIKAN ISLAM TRADISIONAL Sistem pendidikan Islam tradisional adalah satu bentuk pendidikan yang menawarkan pengajian

berkaitan dengan ilmu keagamaan Islam. Ia dikatakan tradisional kerana mewarisi bentuk

pengajian secara berrantaian (silsilah) dari guru sampai kepada Rasulullah s.a.w. Pendidikan ini

sangat terkenal sekitar abad ke 18M dan masih mendapat tempat di kalangan masyarakat

sehingga kini. Warisan ini mencakupi bidang ilmu dan kitab-kitab yang diajar dan dipelajari,

bentuk sistem yang digunapakai, tempoh masa pengajian, yuran pengajian dan sebagainya sangat

mirip dan mempunyai persamaan bukan sahaja di kalangan masyarakat Islam ASEAN malahan

juga di seluruh dunia. Ini kerana objektif utama bagi sistem pendidikan Islam tradisional lebih

menekankan pulangan keakhiratan berbanding kehidupan duniawi. Ilmu yang dipelajari itu

bukan sekadar tercatat dibirai-birai kitab (dhobit) tetapi perlu diaplikasi dalam kehidupan agar ia

boleh memandu pelajar menjadi insan berakhlak mulia dan menjadi suri teladan kepada

masyarakat awam.

Nama Sistem Pendidikan Islam Tradisional

Sistem pendidikan ini juga sangat terkenal dengan nama sistem pondok. Ini kerana kebanyakkan

pelajar khususnya yang datang dari jauh akan menetap di pondok-pondok kecil yang dibina di

sekitar rumah guru. Istilah yang sama juga digunapakai oleh masyarakat Islam di Selatan

Thailand. Namun ia agak berbeza dengan masyarakat Indonesia kerana mereka menggelarkan

sistem ini dengan pelbagai nama seperti langgar, meunasah, rangkang, dayah, surau dan

pesantren2 (Abdullah Ishak, 1995). Walaupun terdapat banyak nama, ia sebenarnya masih

terangkum dalamn satu bentuk sistem pendidikan Islam yang sama dan masih mengekalkan

unsur tradisional ke atas sistem tersebut. Persamaan yang wujud itu boleh ditinjau dari aspek

sistem, pedagogi, disiplin ilmu dan infrastrukturnya.

Kategori Ilmu

Oleh kerana disiplin pengajiannya berteraskan agama dan keakhiratan, maka ilmu yang

diwacanakan dan diajar kepada pelajar boleh dibahagikan kepada tiga kelompok khususnya bagi

masyarakat Islam ASEAN dan Alam Melayu sebelumnya. Pertama; ilmu teras Islam yang di

dalamnya terkandung ilmu akidah, ilmu syariah dan ilmu akhlak. Kedua; ilmu alat bagi

mengurus ilmu teras yang terdiri dari ilmu nahwu, ilmu saraf dan ilmu balaghah. Ketiga; ilmu

keduniaan bagi mengurus keperluan hidup duniawi seperti ilmu pertukangan, ilmu pertanian,

berzanji, marhaban dan sebagainya. Ketiga-tiganya berpadu dan berpadu dengan meletakkan

ilmu teras sebagai paksi dan tonggak pengajian dan pembelajaran. Antara kitab-kitab yang

digunakan dalam sistem pendidikan Islam tradisional adalah seperti berikut:

2. Dalam makalah ini penulis hanya akan menggunakan nama sistem pondok sebagai mewakili semua nama-nama

tersebut bagi disesuaikan dalam konteks pemahaman penulis di Malaysia.

Bidang Ilmu Nama Kitab

1 Tajwid al-Quran Jawi : Hidayah al-Mustafid , Siraj al-Qari

Arab : Hidayah al-Mustafid

2

Tafsir

Jawi : Nur al-Ihsan

Arab : Tafsir al-Jalalain, Tafsir al-Nasafi, Tafsir al-

Baidhawi

3

Hadis

Jawi : Tahzib Atraf al-Hadis, Hadith 40

Arab : Matan Arba’in ,Al-Azkar, Riyadh al-Solihin,

Mukhtasor Abi Jamrah, Bulugh al-Maram, Sahih

Bukhari, Sahih Muslim

4

Tauhid

Jawi : Al-Dur al-Thamin, Misbah al-Munir, Faridah al-

Faraid

Arab : Kifayah al-‘Awam, Fathu al-Majid, Syarah al-Hud

Hudi

5

Fekah

Jawi : Munyatul Musolli, Matla’ al-Badrain, Sullam al-

Mubtadi, Kifayah al-Mubtadi, Wishah al-Afrah

Arab : Safinah al-Naja, Fathu al-Wahhab, I’anah al-

Tolibin, Al-Iqna’

6

Tasawuf

Jawi : Penawar Bagi Hati, Pelita Penuntut, Hidayah al-

Salikin, Tanwir al-Qulub, Taj al-‘Arus

Arab : Minhaj al-‘Abidin, Ta’lim al-Muta’allim, Al-

Hikam

7

Sirah Nabi/Sejarah Islam

Jawi : Sejarah Islam , Khulasoh Nur al-Yaqin

Arab : Itmam al-Wafa’, Khulasoh Nur al-Yaqin, Nur al-

Yaqin

Nahu/Soraf

Arab : Risalah Nahu dan Sorof, Nahwu Tashil Nail al

Amani

Arab : Mukhtasor Jiddan, Matan al-Ajrumiyah, Al-

8 Kawakib al-Durriyyah, Qatru al-Nada, Ibnu ‘Aqil, :

Sullam al-Sorfi, Matan al-Maqsud, Matan al-Bina, Al-

Kilani

9 Balaghah/’Arudh/Mantiq Arab : Husnu al-Siyaghah, Al-Balaghah al-Wadhihah, Al-

Jauhar al-Maknun, Mukhtasor al-Syafi, Idhah al-

Mubham, Isaghuji

10 Ulum al-Quran/Ulum Al-Hadis Arab : Faidh al-Khabir, Zabdah al-Itqan, Al-

Baiquniyyah, Syarah Al-Zarqani

11 Faraidh/Imla’ Jawi : Cahaya Mustika

Arab : al-Rahabiyyah, Abi Luqman

Corak Pengajian dan Pembelajaran

Corak atau kaedah pengajian atau lebih dikenali sebagai metod pengajian merupakan salah satu

aspek yang sangat penting dalam memahami sistem pendidikan Islam tradisional. Ia menjadi

panduan dalam membezakan sistem pendidikan ini dengan sistem pendidikan Islam moden.

Kaedah yang ditekankan di dalam sistem pendidikan Islam tradisional adalah kaedah umumi.

Kaedah umumi adalah kaedah pengajian terawal yang digunakan di dalam sistem pendidikan

Islam di dunia. Ia muncul seawal kedatangan Islam di Tanah Arab. Pelopor sistem ini adalah

Nabi Muhammad s.s.w. sendiri setelah baginda menerima wahyu untuk disampaikan kepada

seluruh umat manusia. Ia bermula di rumah al-Arqam bin Abi Arqam sebagai tempat untuk

menyebarkan risalah Islam kepada masyarakat Kota Mekah. Ilmu yang disampaikan tertumpu

kepada mentauhidkan Allah SWT. setelah berlaku penghijrahan Nabi s.a.w. ke Madinah, Masjid

Nabawi telah dijadikan tempat untuk wacana ilmu-ilmu Islam dan ia terus berkembang sehingga

tergubalnya Piagam Madinah yang merupakan sari pati kepada pembentukan sebuah negara

Islam. Para sahabat dan ulama sesudah wafatnya Nabi s.a.w. telah meneruskan dan mewariskan

legasi kepada masyarakat Islam sehingga kini dan masjid masih kekal sebagai lokasi utama bagi

menuntut ilmu dan menyampaikan risalah Islam (Hasan Langgulung, 1997:48). Lima ciri yang

menjadi asas kaedah umumi ialah:

1. Sistem pengajian terbuka kepada seluruh masyarakat.

2. Tidak mempunyai kurikulum pengajian khusus dan ia ditetapkan oleh guru.

3. Guru tidak mempunyai gaji yang tetap.

4. Masa pengajian tertakluk kepada guru.

5. Tempat pengajian dan kemudahan prasarana adalah bersifat guna sama kerana ia

dijalankan di rumah, surau dan masjid.

Kaedah ini merupakan satu bentuk pengajian terbuka. Ia menerima sesiapa sahaja yang ingin

menuntut tanpa mengira had umur, jantina, keturunan atau bangsa. Keterbukaannya menjadikan

ilmu yang hendak disampaikan bersifat menyeluruh. Asalkan berkeinginan, pelajar akan diterima

tanpa ada syarat atau peraturan yang khusus. Ia memudahkan malah meringankan masyarakat

awam untuk turut serta di dalam majlis ilmu. Tiada sijil diperlukan untuk memulakan pengajian.

Hanya dengan kebenaran tuan guru serta mempunyai pondok sendiri maka pelajar diteriam untuk

belajar. Mereka juga tidak dihadkan masa yang tertentu untuk menadah ilmu di dalam sistem

berkenaan. Selagi terdaya untuk menerima ilmu dan berkemampuan dari segi fizikal dan mental,

sistem pengajian pondok tidak akan menghalang pelajar mereka untuk terus menetap di sana.

Pendekatan pengajian kaedah umumi adalah dalam bentuk semi bulatan atau halaqah. Guru akan

duduk di hadapan pelajar secara tetap. Manakala pelajar akan duduk di sekeliling guru dangan

kitab masing-masing bagi meneliti dan memahami setiap baris ayat yang dibincangkan. Pelajar

akan mencatat isi penting perbahasan di dalam kitab di ruang kosong di bahagian atas, tepi atau

bawah halaman yang dibaca dan catatan ini disebut sebagai dhobit.

Pelajar di Indonesia telah mengamalkan dua corak pembelajaran. Pertama adalah cara sorongan

iaitu pelajar yang belajar secara individu dengan guru atau pembantu guru. Ia merupakan kaedah

yang sangat efektif kerana guru dapat membimbing serta menilai kemampuan yang ada pada

pelajar. Kedua adalah bandongan/wetonan iaitu pelajar yang belajar secara beramai-ramai dalam

halaqah (Samsul Nizar, 2013). Mereka memerhati, menyemak, menyalin serta bersoal jawab

dengan guru berkaitan dengan masalah yang timbul. Guru pula akan menghuraikan dengan

mendalam setiap inti pati yang terdapat di dalam kirab yang digunakan kaedah ini sama

diamalkan oleh pelajar sistem pondok di Malaysia dan Selatan Thailand.

Peringkat/Tahap Pengajian

Sistem pendidikan Islam tradisional juga sangat menekankan kefahaman yang mendalam

terhadap ilmu. Justeru, fokus kepada pengajaran guru amat dititikberatkan agar pelajar mampu

menguasai ilmu secara terperinci dan mereka juga berupaya melakukan analisis serta memberi

pandangan baru (ijtihad) berkaitan susuatu permasalahan yang timbul. Kekuatan dan kemahiran

ini diperolehi kerana mereka telah meneroka secara mendalam (in-dept analysis) setiap huruf dan

ayat di dalam kitab yang mereka pelajari. Perincian ilmu inilah yang menjadikan kaedah

pengajian umumi berjaya melairkan generasi ulama yang mahir, kritis dan pakar khususnya

dalam ilmu mereka. Menurut Abdullah Jusuh (1989:12-13), kaedah umumi yang dilaksanakan

melalui sistem pendidikan pondok perlu melalui tiga peringkat pengajian iaitu:

1. Peringkat Pertama – Hafazan

Peringkat ini memeruapak peringkat asas bagi pelajar yang memulakan sesi pengajian mereka.

Palajar didedahkan dengan asas pengajian bahasa Arab yang menjadi sumber asasi pengajian.

Ilmu tata bahasa Arab seperti nahu, sorof dan qawaid sangat dititikberatkan. Untuk memahirkan

diri, pelajar dikehendaki menghafal kitab-kitab terpilih yang menjadi asas tata bahasa Arab

seperti Kitab Mutammimah, Kitan Kawakib al-Durriah, Matan Ajrumiah dan Kitab Sifat dua

Pulun. Selain memahami isi kandungan kitab pelajar juga dilatih untuk memperkayakan

perbendaharaan kata di dalam bahasa Arab.

2. Peringkat kedua – Pengajian Kitab

Setelah pelajar memahami tatabahasa Arab, mereka mula diperkenal dengan kitab-kitab Arab

dan jawi peringkat pertengahan. Pada tahap ini, sesi pengajian secara harfiah (huruf ke huruf)

bermula dan pelajar akan menggunakan kaedah-kaedah bahasa Arab yang mereka pelajari di

peringkat hafazan untuk memperincikan perbahasan yang diketengahkan oleh guru.

3. Peringkat ketiga – Pengajian Lanjutan/Pelepasan

Pada peringkat akhir, pelajar sepatutnya telah menguasai ilmu yang telah mereka pelajari melalui

kaedah umumi. Mereka juga telah menghabiskan kitab-kitab besar di dalam bahasa Arab dan

jawi serta menguasai kaedah-kaedah tertentu yang diperbahaskan di dalam kitab-kitab tersebut.

Mereka akan diberi nasihat dan dorongan oleh guru untuk meneruskan pengajian mereka di

peringkat yang lebih tinggi sama ada ke Mekah, Mesir atau India. Ada sebahagian pelajar yang

melanjutkan pelajar mereka ke luar negara dan ada pula yang pulang ke kampung halaman sama

ada untuk membuka pusat pengajian mereka sendiri, menjadi imam dan sebagainya.

Bahagian 2

Latarbelakang Pendidikan Islam Tradisional

Perkembangan pendidikan Islam tradisional bermula sejajar dengan pertapakan Islam itu sendiri.

Islam yang disebarkan oleh pendakwah dari Arab, China dan India telah mencetuskan fenomena

baru beragama bagi masyrakat Alam Melayu. Hasilnya terbentuklah beberapa kerajaan Islam

seperti Kerajaan Samudera Pasai (13M), Kesultanan Melaka(14M), Kerajaan Patani (15M) dan

Kerajaan Acheh Darussalam (16M). Pemerintah kerajaan tersebut menjadi tonggak kepada

perkembangan ilmu keagamaan sehinggakan pendidikan Islam tersebar ke seluruh pelusuk

negeri. Model pendidikan Islam mula disalurkan melalui surau, rumah dan masjid (Fazlullah

Shuib, 1995). Pelajaran yang diajar tertumpu kepada ilmu asas iaitu ilmu fardu ain dan ilmu

fardu kifayah. Setelah Islam stabil dan mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat, aras

pendidikan telah diangkat ke tahap yang lebih tinggi menerokai disiplin tasawuf dan ketuhanan.

Pendidikan Islam terus berkembang maju sehinggakan surau, balee, masjid, rumah guru tidak

dapat menampung bilangan pelajar yang ramai. Bagi menyelesaikan masalah ini guru telah

membuka kawasan baru hasil bantuan dari pihak pemerintah dan juga sumbangan masyarakat

awam untuk membina institusi pendidikan bagi menampung keperluan pelajar khususnya yang

datang dari jauh. Ia mula diinstitusikan menjadi lebih formal dan penguurusannya lebih

sistematik. Dan institusi ini dinamakan sebagai sekolah pondok.

Sebenarnya hubungan atau jaringan antara Malaysia, Selatan Thailand dan Indonesia yang turut

sama menjadi ahli dalam ASEAN terutama dalam menjalinkan hubungan pendidikan Islam telah

lama wujud (Azyumardi Azra, 2013). Ia boleh dibahagikan kepada duan bentuk Pertama;

sumbangan ulama dalam aspek pengajaran dan pembinaan institusi pendidikan Islam. Ulama-

ulama dari Patani dan Indonesia telah banyak menyumbang ilmu mereka kepada masyarakat

Islam di Malaysia dan begitu juga sebaliknya. Sumbangan tersebut tidak hanya terarah kepada

tenaga pengajar tetapi juga turut melibatkan mobiliti pelajar dari Malaysia yang 'memondok' ke

Patani dan Indonesia. Mereka secara sepakat beramal dengan aliran Ahli Sunnah wal Jamaah

dengan mazhab Syafie. Mobiliti ulama khususnya dan pelajar dalam konteks ASEAN mencapai

tahap puncak pada adab ke 18M sehinggakan sarjana yang mengkaji tentang pendidikan Islam di

Malaysia khasnya telah berbahagi pandangan. Ada yang menyatakan bahawa pendidikan Islam

tradisional di Malaysia telah dipelopori oleh ulama Patani dan sebahagian yang lain menyatakan

ia telah diasaskan oleh ulama dari Indonesia. Antara ulama tersebut adalah Syeikh Daud al-

Fatani (Patani), Haji Mas'ud b. Abu Su'ud (Banjarmasin), Syeikh Ibrahim Mahmud (Kampar),

Engku Beda al-Hafiz (Acheh) dan ramai lagi. Mereka bukan sahaja datang untuk mengajar tetapi

juga membina keturunan bagi mengukuhkan lagi jaringan antara negara ASEAN tersebut.

(Abdul Rahman Haji Abdullah, 1997: 34-40).

Kedua adalah penggunaan kitab dan karangan ulama. Hubungan pendidikan Islam tradisional

dalam negara ASEAN juga meliputi kitab-kitab pengajian yang sehingga hari ini masih

mengguna pakai secara bersama karangan-karangan ulama Alam Melayu mengikut kepakaran

ilmu masing-masing. Keseluruhan penulisan mereka juga adalah bersandarkan pegangan Ahli

Sunnah waj Jamaah dengan mazhab Syafie. Kitab-kitab dalam bidang akidah, fekah, tafsir,

tasawuf, nahu dan sebagainya itu boleh dikatakan hanya diajar dan dipelajari oleh mereka yang

terlibat dalam sistem pendidikan Islam tradisional. Ilmu-ilmu itu lebih mesra disebut sebagai

ilmu turath dan kitabnya disebut sebagai kitab kuning. Ia digunakan kerana perbahasan yang

terdapat di dalamnya bersesuaian dengan konteks budaya masyarakat ASEAN dan ia ditulis

dalam bahasa jawi lama (Solahuddin Ismail & Mohd Nizho Abdul Rahman, 2014). Persamaan

yang wujud dalam aspek akidah, bahasa dan budaya telah menjadikan karangan ulama Alam

Melayu mendominasi kurikulum yang digunakan dalam sistem pendidikan Islam tradisional.

Demikian perkembangan pendidikan Islam tradisional telah memperlihatkan kepada kita

sumbangan yang amat besar telah diberikan oleh para ulama Alam Melayu bagi memastikan

keutahan Islam tertegak di dalam masyarakat. Mereka sanggup berkorban diri meninggalkan

keluarga dan sanak saudara dan berhijrah demi kelangsungan warisan yang ditinggalkan oleh

Rasulullah s.a.w. Karangan yang amat bernilai telah ditinggalkan agar ilmu Islam dapat

diwariskan kepada generasi seterusnya. Tanggungjawab dan pengorbanan yang besar ini

seharusnya di ambil berat oleh generasi sekarang dalam meastikan agar sistem pendidikan Islam

tradisional terpelihara dan dajaga dengan baik. Dengan adanya komuniti ASEAN, seharusnya

sistem ini dapat diperkukuhkan lagi oleh pemerintah khususnya dan masyarakat awam amnya

supaya hubungan yang sedia ada tersebut dapat dimanfaatkan untuk pembangunan umat Islam

serantau.

Pendidikan Islam Tradisional Masakini

Sistem pendidikan Islam tradisional merupakan peninggalan ulama silam untuk diperihara. Ilmu-

ilmu turath yang diwarisi melalui sistem ini perlu disebarkan sebagaimana yang telah dilakukan

oleh ulama terdahulu. Ini kerana ia masih mendapat tempat di dalam masyarakat Islam

khususnya di rantau ASEAN. Ribuan pondok masih lagi hidup dan subur di Malaysia, Indonesia

dan Selatan Thailand bagi melaksanakan tanggungjawab beragama. Mereka masih lagi kekal

dengan motod pengajian yang sama dan masih mengunakan kitab-kitab yang sama. Ini

menunjukkan bahawa sistem pendidikan Islam tradisional masih relevan walaupun berdepan

dengan cabaran getir atas alasan modenisasi dan globalisasi.

Mutakhir ini juga memperlihatkan kepada kita perkembangan yang positif ke atas sistem

pendidikan Islam tradisional. Kalau dahulu, sistem ini bergerak secara persendirian namun kini

ia telah digerakkan secara kolektif dengan lebih tersusun dan teratur. Persatuan ulama pondok

dan persatuan pelajar pondok telah ditbuhkan bagi menjaga kebajikan pengamal institusi

berkenaan. Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah, Yayasan Pondok 1Malaysia,

Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah, Yayasan Jamiyah Ulama Fathoni Selatan Thailand,

Nahdatul Ulama Indonesia dan sebagainya adalah badan yang diasaskan untuk memelihara dan

menjaga kelangsungan sistem pendidikan Islam tradisional dari luput di telan zaman.

Pembentukan corak pengajian yang konsisten oleh ulama silam menjadikan sistem ini berupaya

untuk mendepani cabaran semasa. Survivalnya dapat dipertahankan dengan mengadaptasi media

baru dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Ia digunakan tanpa menjejaskan sedikit pun

inti pati dan keaslian ilmu dan kaedah zaman silam. Umsur moden telah dimanipulasi bagi

mengangkat sistem ini ketahap yang labih tinggi. Teknologi yang terhasil dari modenisasi telah

dimanfaatkan untuk menyebarluas ilmu turath kepada masyarakat. Sehingga kini banyak ilmu

turath mampu kita capai dengan hanya mengunakan internet. Medium ini telah berjaya diterjah

oleh generasi pondok untuk memuat naik (upload) syarahan, kuliah, perbincangan masalah dan

banyak lagi bagi diambil faedah oleh orang awam. Maklumat sebegini sangat penting untuk

disebarkan kepada orang awam yang banyaknya masih belum mengetahui secara mendalam

tentang keunikan sistem pendidikan Islam tradisional tersebut. Dengan demikian, medan dakwah

Islam menjadi lebih luas, terbuka dan ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk

mengetahui dengan lebih mendalam tentang sistem ini.

Globalisasi juga sebenarnya telah membawa perubahan positif kepada sistem pendidikan Islam

tradisional. Ruang telah dibuka dengan luas kepada penyertaan awam bagi mengikuti kelas

pengajian mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak pengurusan pondok. Di Indonesia, pelajar

boleh dikategorikan kepada tiga golongan iaitu pelajar yang menjadi murid tetap di pondok dan

pengajian mereka hanya mengikut kurikulum yang telah disediakan oleh pihak pondok. Kedua;

siswazah yang belajar diinstitusi pengajian tinggi. Dalam masa yang sama mereka juga belajar

agama, menetap dan dibenarkan menggunakan semua kemudahan yang terdapat di pondok.

Pelajar ini kebanyakannya terdiri dari golongan miskin. Ketiga adalah orang awam yang hadir

mengikuti kelas-kelas tertentu yang dianjurkan oleh pengurusan pondok. Di Malaysia,

penyertaan pelajar terbahagi juga kepada tiga golongan iaitu, murid kekal bagi pondok tersebut.

Kedua; golongan prasiswazah yang bakal melanjutkan pengajian mereka di institusi pengajian

tinggi dalam dan luar negara terutama dalam bidang agama. Mereka mempelajari ilmu tauhid,

fekah, nahu dan lain-lain persediaan sebelum menyambung pengajian mereka. Ketiga; orang

awam yang datang secara mingguan atau bulanan. Di Selatan Thailand, penyertaan terbahagi

kepada dua golongan iaitu murid yang kekal memondok dan juga orang awam yang datang

belajar secara mingguan atau bulanan.

Pendidikan Islam tradisional masakini telah menjadi alternatif kepada masyarakat untuk belajar

dan mendalami ilmu agama. Sumber ilmu yang diterokai melalui teknologi komunikasi

menjadikan orang awam berminat untuk mengetahui seterusnya mengikuti pengajian tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru sangat penting dalam menjulang institusi pengajian

ini tetapi peranan media massa juga telah memberi impak besar terhadap penyertaan masyarakat

. Kesedaran tentang kepentingan beragama menjadikan masyarakat terus memburu kegiatan-

kegiatan ilmu yang dianjurkan oleh sistem pondok.

Rumusan

Sistem pendidikan Islam tradisional mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Proses pengajian

yang tidak menetapkan tempoh masa mombolehkan pelajar menimba sebanyak mungkin ilmu di

samping menjadikan ia sebagai medan untuk muhasabah diri untuk membentuk akhlak mulia.

Namun begitu sistem ini masih berupaya untuk survive dalam konteks dunia yang memerlukan

sijil sebagai sandaran hidup. Kelahiran komuniti ASEAN dilihat mampu untuk mengangkat

sistem pendidikan Islam tradisional terutama di Malaysia, Indonesia dan Selatan Thailand supaya

menjadi lebih utuh dan lebih bedaya saing. Kolaborasi dan jaringan ilmu Islam perlu dibina

supaya masyarakat Islam dalam komuniti ASEAN terus terbela dan terpelihara dalam kehidupan

beragama mereka. Melalui kefahaman yang mendalam tentang sistem dan struktur pengajian,

komuniti ASEAN seharusnya juga menjadi pembela dalam menolak tohmahan serta tuduhan

yang sistem pendidikan Islam tradisional ini menjadi pusat bag kegiatan pelampau Islam.

RUJUKAN

Abdul Rahman Haji Abdullah, 1997, Pemikiran Islam di Malaysia; Sejarah dan Aliran,

Jakarta; Gema Insani Press, edisi 1.

Abdullah Ishak, 1995, Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Jusuh, 1989, Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Azyumardi Azra, 2013, Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad ke

XVII & XVIII; Akar Pembaruan Islam Indonesia, Jakarta: Kencana Prenada Media Group.

Fazlullah Shuib, 1995, Kecemerlangan Ilmu Dalam Sejarah dan Tamadun Islam:

Penginstitusian Ilmu Zaman Abbasiyah 750-1258, Kuala Lumpur: Pustaka Warisan.

Hasan Basri, Islamic Education In Pesantren and Terrorism dalam KARSA, vol. IX No 1 April

2006, hal. 854-862.

Hasan Langgulung, 1997, Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jiesheng Li, Global Politics Magazine - Thai Religious Schools, http://www.global-

politics.co.uk/issue2/Thai%20article.htm dia akses pada 2 Oktober 2015.

Mohd. Shauki Abd. Majid, Pembaharuan wajar tapi bukan militan,

ttp://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140502/ re_01/Pembaharuan-wajar-tapi-bukan-

militan diakses pada 2 Oktober 2015.

Samsul Nizar, 2013, Sejarah Sosial dan Dinamika Intelektual Pendidikan Islam di

Nusantara, Jakarta: Kencana Prenada Media Group.

Solahuddin Ismail & Mohd Nizho Abdul Rahman, Transformasi Sistem Pendidikan Pondok

Dalam Memartabatkan Pengajian Kitab Kuning Di Malaysia dalam Prosiding 23rd

Conference

of The International Association of Historians od Asia 2014M (IAHA2014) di TH Hotel &

Convention Centre Alor Setar Kedah Malaysia pada 23-27 Ogos 2014.


Recommended