+ All documents
Home > Documents > PENGKAEDAHAN MELAYU DALAM KAJIAN DAN K RITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU BRUNEI

PENGKAEDAHAN MELAYU DALAM KAJIAN DAN K RITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU BRUNEI

Date post: 30-Nov-2023
Category:
Upload: independent
View: 3 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
33
PENGKAEDAHAN MELAYU DALAM KAJIAN DAN KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU BRUNEI * HAKIKAT KE WUJUD AN TEORI : Teori Pengkaedahan Melayu termasuk ke dalam golongan teori yang dikenali sebagai grounded theory atau “teori beralas / berlandas” yang terbentuk dar hasil penyelidikan bersifat kualitatif; dalamnya terbangun rumusan atau formula yang berapa prinsip-prinsip umum tentang karya atau teks sastera dan amalan-amalan yang berkaitan dengan kesusasteraan Melayu. Teori pengkaedahan Melayu tersebut tidak terbentuk daripada kekosongan, tetapi berlandaskan kepada kenyataan hidup dan agama bangsa Melayu serta sifat penciptaan kesusasteraan mereka. Kesusasteraan ini bertumbuh dan berkembang dalam bentuk-bentuk lisan dan tulisan sebagai hasil penciptaan dari kegiatan budaya. Sama seperti penghasilan-penghasilan budaya yang lain, penciptaan kesusasteraan ini terbentuk dan terpengarah khususnya oleh factor-faktor sikap, kepercayaan, cara hidup dan anutan agama yang menjadi milik atau berada dalam jiwa bangsa Melayu. Penciptaannya tidak ditentukan atau diacuankan oleh unsur luar, atau masyarakat dan bangsa yang berada di luar lingkungan masyarakat dan bangsa Melayu. Ia terbentuk dan berkembang mekar serta megah dengan ciri serta fungsi yang tersendiri dan teristimewa, khusus dan jelas dalam lingkungan alam, nilai dan tradisi bangsa tersebut. *Keras kerja ini dibentangkan dalam “Seminar Za’ba Mengenai Alam Melayu I” anjuran Institut Peradaban Melayu, UPSI, dari 12 sampai 14 Ogos 2003.
Transcript

PENGKAEDAHAN MELAYU DALAM KAJIAN DAN KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU BRUNEI *

HAKIKAT KE WUJUD AN TEORI : Teori Pengkaedahan Melayu termasuk ke

dalam golongan teori yang dikenali sebagai grounded theory atau “teori beralas /

berlandas” yang terbentuk dar hasil penyelidikan bersifat kualitatif; dalamnya

terbangun rumusan atau formula yang berapa prinsip-prinsip umum tentang karya atau

teks sastera dan amalan-amalan yang berkaitan dengan kesusasteraan Melayu. Teori

pengkaedahan Melayu tersebut tidak terbentuk daripada kekosongan, tetapi

berlandaskan kepada kenyataan hidup dan agama bangsa Melayu serta sifat

penciptaan kesusasteraan mereka. Kesusasteraan ini bertumbuh dan berkembang dalam

bentuk-bentuk lisan dan tulisan sebagai hasil penciptaan dari kegiatan budaya. Sama

seperti penghasilan-penghasilan budaya yang lain, penciptaan kesusasteraan ini terbentuk

dan terpengarah khususnya oleh factor-faktor sikap, kepercayaan, cara hidup dan

anutan agama yang menjadi milik atau berada dalam jiwa bangsa Melayu.

Penciptaannya tidak ditentukan atau diacuankan oleh unsur luar, atau masyarakat dan

bangsa yang berada di luar lingkungan masyarakat dan bangsa Melayu. Ia terbentuk

dan berkembang mekar serta megah dengan ciri serta fungsi yang tersendiri dan

teristimewa, khusus dan jelas dalam lingkungan alam, nilai dan tradisi bangsa tersebut.

*Keras kerja ini dibentangkan dalam “Seminar Za’ba Mengenai Alam M elayu I” anjuran Institut Peradaban M elayu, U PSI, dari 12 sampai 14 Ogos 2003.

2

Pengaruh-pengaruh luar yang datang sama sekali tidak bempaya untuk menggugat dan

merombak atau mengubah sifat asalnya yang ada, melainkan sebaliknya menambahkan

lagi daya ketahanan dan keumkannya. Kelahiran dan perkembangannya tidak ditentukan

oleh kuasa, pengaruh dan nilai dari luar, khususnya barat. Kesusasteraan Melayu

adalah kesusasteraan Melayu yang lahir dari hati nurani dan daya kreativiti bangsa

Melayu yang beragama, yang berbudaya, yang bertamadun, yang beridentiti, dan

yang bermaruah. Ia lahir sedemikian rupa sebagai suatu kewujudan atau entity

berutuhpadu, yang padanya tidak terdapat bahagian-bahagian atau pecahan-pecahan

tertentu yang terbentuk oleh kuasa atau pengaruh luar.

Kesusasteraan Melayu membentuk dirinya dengan berdasarkan kepada tiga teras

utama yang amat keMelayuan dan kelslaman sifatnya. Ketiga-tga teras itu dapat

disebutkan sebagai teras kebajikan, teras ketaqwaan dan teras ketatasusilaan.

Ketiga-tiga teras ini menjiwai kesusasteraan tersebut pada tahap paling asas dan asli,

yang bersandarkan sepenuhnya kepada nilai dan aqidah agama Islam yang menjadi

anutan pengarang dan masyarakat Melayu. Teras kebajikan dikatakan sebagai teras

pertama yang mendasari kesusasteraan Melayu, sebab semua karyanya mengambil sifat

didaktik yang amat mengutamakan penggarapan persoalan-persoalan tentang kepentingan

melakukan keija-keria baik dan ma’ruf, di samping turut menyelitkan penyuaraan-

penyuaraan tegas berbentuk larangan supaya meninggalkan perbuatan-perbuatan yang

batil atau kejahatan demi kebajikan dan kebaikan manusia, khususnya bagi umat Melayu

dan Islam. Berselarian dengan itu, karya-karya kesusasteraan Melayu juga dengan

3

berani dan jujur mendedahkan permasalahan-permasalahan kemungkaran, ketidakadilan,

kepura-puraan atau kcmunafikan, kerasuahan dan kezaliman—iaitu permasalahan-

permasalahan yang dianggap sebagai menjadi punca kepada berlakunya segala keresahan

social dan kepincangan hidup masyarakat serta kegoyahan iman umat Islam. Semuanya

berpokoltkan kepada memberikan kebajikan kepada pembaca dan masyarakat Melayu

khususnya.

Semua persoalan yang mengisi teras kebajikan di atas tadi dilengkapkan pula dengan

teras kedua atau teras ketaqwaan. la dikatakan menjadi pelengkap kepada teras

pertama, kerana padanya juga turut terisi dengan persoalan-persoalan yang membentuk

teras kebajikan. Sebagaimana yang telah teijelas di atas, pada teras kebajikan atau

teras pertama itu mengungkapkan persoalan-persoalan melakukan amalan-amalan yang

baik dan meninggalkan yang jahat membawa maksud bukan sahaja untuk memupuk rasa

kasih saying di kalangan anggota masyarakat atau ummah, tetapi juga penanda kepada

rasa pengabdian dan k eta’at an kepada Allah. Dalam pembentukan dan perkembangan

kesusasteraan Melayu tercipta banyak sekali karya-karya yang menggarap persoalan-

persoalan sedemikian, terutama dalam genre-genre sastera kitab, sastera sejarah,

sastera ketatanegaraan dan sastera sufi yang wujud semenjak kurun keenambelas; atau,

dalam pembentukan terkini diistilahkan sebagai “kesusasteraan Islam” atau

“kesusasteraan berusur Islam.” Pada karya-karya jenis inilah ditimbulkan persoalan-

persoalan yang berteraskan ketaqwaan, iaitu persoalan-persoalan yang menyangkut

gambaran dan penjelasan tentang sifat-sifat kesempumaan dan ketinggian Allah, dan

juga kemumiaan serta keagungan agama Islam itu sendiri. Persoalan-persoalan begini

4

ditimbulkan supaya pembaca dan masyarakat dapat mempertingkatkan mutu rasa

kecintaan dan kehormatan serta keta’atan yang lebih besar dan mumi kepada Allah; ia

dapat mendekatkan diri pembaca kepada khaliq atau pencipta manusia dan alam, yang

kemudian memperteguhkan dirinya untuk menjadi muslim sejati yang salih dan

melahirkan citra umat Islam yang unggul. Selain daripada itu, persoalan-persoalan

berteraskan ketaqwaan ini juga bertujuan untuk menggambarkan kemuliaan dan

keistimewaan Islam sebagai suatu agama yang terbaik dan universal untuk dapat

diterima oleh semua manusa di sepanjang zaman, di samping keutuhannya sebagai

agama agung dan penyelesai kepada permasalahan manusia sejagat.

Supaya kedua-dua sifat teras ini menjadi lebih kukuh dan utuh membentuk dirinya,

maka kesusasteraan Melayu turut tersempumakan pula dengan teras ketatasusilaan.

Dalam sebutan yang mudah, teras ketatasusilaan bennaksud tatacara atau adab dalam

penuiisan, iaitu penerapan nilai-nilai keindahan atau estetika dalam penuiisan dan

penciptaan karya sastera. Dalam melakukan kegiatan hidup harian, masyarakat dan

pengarang Melayu tidak lepas daripada mematuhi aturan dan tatacara dalam tradisi dan

budaya mereka, lebih-lebih lagi pada amalan bersifat pengibatan dan pengabdian kepada

Allah. Islam menuntut umatnya supaya beramal dan bertindak serta bekerja. dengan

berlandaskan kepada disiplin dan tatatertib, mengikut aturan atau ‘rukun’ dan hukum-

hakam yang tersedia; sebarang perbuatan tidak boleh dilakukan dengan sesuka hati atau

mengikut kemahuan sendiri. Keteraturan dan ketertiban dalam tiap amalan atau

perbuatan ini dikenakan bukan sahaja bertujuan supaya amalan itu menjadi sah dan

diterima oleh Allah, tetapi juga supaya terlihat sebagai berdisiplin sehingga boleh

5

mewujudkan nilai-nilai ketertiban, kesopanan dan keindahan. Keadaan yang sama juga

berlaku dalam penciptaan kesusasteraan Melayu sebagai suatu antara kegiatan hidup yang

berkebajikan dan berketaqwaan di kalangan sasterawan-sasterawan Melayu dan Islam.

Dengan kata lain, penulisan kesusasteraan Melayu adalah amat mengutamakan nilai-

nilai keteraturan dan ketatasusilaan yang di atas tadi diistilahkan sebagai adab penulisan.

Adab tersebut temyata sangat-sangat dipatuhi untuk diterapi dalam penciptaan

atau penulisan karya-karya kesusasteraan Melayu. Antaranya yang terpenting adalah

penulisan dimulakan dengan suatu pendahuluan; di sini selalunya membawakan

pemyataan rasa tanggungjawab pengarang untuk menghambakan dirinya kepada Allah

dalam melaksanakan penulisannya itu dengan kata-kata pujian terhadap kekuasaan dan

kebesaranNya; ini lalu diikuti pula dengan memanjat doa dan puji buat Rasulullah serta

keluarga dan para sahabatnya. Setelah ini dilakukan, maka barulah penulisan teks

sebenar terlaksana. Dalam teks tersebut terlihat pula adanya semaca aturan lain yang

perlu diikuti oleh pengarang untuk tujuan melahirkan keindahan pada gubahan karangan

atau gubahan penceritaan. Sebahagian daripada aturan itu adalah berupa penggunaan

kata-kata puitis yang indah “berbunga” dengan penyerian pelbagai bentuk puisi Melayu,

terutamanya syair dengan pantun. Ini digunakan selalunya semasa melukiskan sifat

watak, terutama sifat fizikal; atau, ketika mahu menjelaskan pengajaran dalam karya

sama ada pada bahagian pertengahan atau pun pada pengakhirannya. Di samping itu

ada pula ciri adab lain yang digunakan secara sedar oleh pengarang, iaitu kemunculan

suara pengarang sebagai suatu daya tarikan dan keindahan karya sastera. Biasanya ini

ditimbulkan melalui perantaraan-perantaraan tertentu seperti “khutbah / nasihat

6

pengarang” atau “peranan alat penulisan” yang berupa kalam, kertas dan dakwat. Dan,

seterusnya pengisahan atau wacana pada karya sastera tidak ditamatkan begitu sahaja

tanpa sesuatu tanda penutupan dari pengarangnya, melainkan dengan memberikan

pemyataan tarikh serta masa karyanya selesai dituliskan, atau kekurangan dirinya

dalam penulisan, atau pun pengajaran yang biasa diistilahkan pengarang sebagai

“buah” yang dapat diperolehi daripada karya dan diturunkan sama ada dalam bentuk puisi

atau pun prosa sahaja. Demikianlah semuanya ini adalah beruapa antara ciri-ciri adab

penulisan terpenting yang mempamerkan ketinggian daya kekreatifan pengarang Melayu

dan sekali gus pula memberikan pewamaan keindahan dan keunikan kepada karya-karya

kesusasteraan Melayu. Ciri-ciri adab ini mengisiteguhkan teras ketatasusilaan, yang

bersama-sama teras kebajikan dan ketaqwaan dapat berpadu untuk membentuk sistem

dan teori kesusasteraan Melayu.

Pembentukan itu terlahir bukan sahaja dengan hanya berdasarkan kepada sifat atau

ciri karya-karya sasteranya sahaja, tetapi juga kepada pengaruh dan keadaan latar

belakang kehidupan dan keagamaan masyarakat Melayu. Seperti yang dapat dilihat dan

difahami sebelum ini, dalam kegiatan penulisan kesusasteraan Melayu sepanjang zaman

penghasilnya adalah hampir keseluruhannya terdiri daripada pengarang-pengarang

Melayu yang beragama Islam, yang mengenali dan mematuhi aturan-aturan hidup dalam

tradisi masyarakat Melayu dan agama Islam. Mereka menjalani kehidupan yang

berlandaskan aqidah dan kepercayaan Islam dengan melakukan segala amalan dan

kegiatan yang tidak lari dari landasan hukum-hakam Islam serta warisan tradisi

7

ketatasusilaan hidup bangsa Melayu. Menulis atau mencipta karya sastera merupakan

satu antara kegiatan dan amalan mereka yang sedemikian; kiranya amalan dan kegiatan

lain terlaksana dengan berlandaskan kepada dasar Islam dan nilai budaya hidup mereka,

maka begitu juga yang berlaku dalam kegiatan penuiisan sastera ini. Penciptaan sastera

inereka adalah berteraskan kebudayaan dan keagamaan bangsa atau umat Melayu, yang

bersesuaian dengan nilai hidup serta “world-view” bangsa Melayu, biarpun banyak

antara karya mereka itu tidak tercatat dan terserlah dengan jelas sifat atau terasnya yang

demikian. Hakikat yang wujud adalah bahawa semuanya tersirat dalam pelbagai jenis

sasteranya yang terawal seperti lipurlara; sastera sejarah; sastera epik; biografi-cereka

tentang para nabi, para sahabat, para pahlawan dan wali Islam; satera kitab dan puisi-

puisi sufi, Penciptaan adalah keseluruhannya bersifat didaktik, iaitu bentuk sastera yang

tereipta untuk tujuan-tujuan memberikan kebajikan kepada manusia, khususnya manusia

Melayu; dalamnya teradun indah nada-nada yang penuh dengan unsur-unsur mendidik

dan mengajar masyarakat. Pada karya-karya itu terserlah ajaran dan didikan tentang

moral yang baik, pemupukan semangat kasihkan agama, bangsa dan watan; petunjuk

ke arah peningkatan taraf hidup dan ilmu pengetahuan dalam bidang-bidang ekonomi,

social, politik dan pendidikan; dan seraan ke arah perpaduan ummah dan ketaqwaan

kepada Allah. Tema dan motif penuiisan kesusasteraan Melyu pada asasnya jelas

menyamai seperti yang menjadi tuntutan Islam. Ini menjadi lebih terasa pada sebahagian

besar penciptaan kesusasteraan Melayu zaman kini, iaitu zaman kebangkitan masyarakat

Melayu dan Islam yang dengan tegas dan lantang menuntut supaya pengarang-

pengarang Melayu menghasilkan karya-karya sastera yang benar-benar utuh berteraskan

Islam dan berhak untuk tergolong sebagai “Kesusasteraan Islam.” Ini terlihat jelas

melalui usaha-usaha yang diambil bukan sahaja oleh pengarang-pengarang individu

seperti Shahnon Ahmad dan Abdullah Hussain untuk secara sedar membentuk konsep

kesusasteraan Islam dan menghasilkan karya-karya novel yang sepenuhnya bemafaskan

Islam, tetapi juga oleh pihak pemerintah sendiri dengan keijasama jabatan dan badan-

badan tertentu yang secara aktif bergerak untuk menganjurkan berbagai-bagai peraduan

menulis kesusasteraan Islam; umpamanya kerajaan Terengganu melalui “Anugerah

Sastera Daruliman;” Jabatan Perdana Menteri dengan “Peraduan Cerpen Berunsur

Islam;” dan Yayasan Pelajaran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

yang mengadakan “Hadiah Sastera Berunsur Islam.” Keterlibatan secara sungguh-

sungguh dari pihak pemerintah dalam persoalan ini mencerminkan kemampuan,

keupayaan dan kesesuaian serta penerimaan penuh masyarakat terhadap penciptaan

kesusasteraan Melayu yang sedemikian sifatnya itu.

Hal yang sama juga wujud dalam perkembangan kesusasteraan Melayu di Brunei

Darussalam. Di negara yang berprinsipkan MIB (Melayu Islam Beraja) ini terlihat

adanya suatu perkembangan yang baik dan sihat serta maju dalam hubungannya dengan

pembentukan dan pertumbuhan kesusasteraan Islam, khususnya dalam bidang penulisan

puisi moden atau sajak. Yang menariknya di sini adalah penyair atau penyajak yang

bergiat dalam penciptaan puisi-puisi begini sebahagian besamya terdiri daripada orang-

orang kenamaan yang berpendidikan dan berkedudukan tinggi dalam bidang keagamaan

dan kepimpinan tanah air. Antara mereka ialah Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Luar

Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain Bin Haji Serudin

(yang terkenal dengan nama pena Shukri Zain), memegang jawatan Menteri Hal Ehwal

Ugama; Yang Dimuliakan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haj:

Awang Yahya Bin Haji Ibrahim (nama penanya Yahya M.S.), berpangkat Timbalan

Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Tuan Imam

Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned ( atau Adi Rumi),

menyandang jawatan Mufti Kerajaan; dan, Yang Dimuliakan Pehin Udana Khatib

Dato Paduka Ustaz Haji Awang Badaruddin Bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji

Othman (atau nama penanya Badaruddin H.O.), menyandang jawatan Pengerusi

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Semenjak tahun-tahun enampuluharf lagi, tahun-

tahun mereka amat bergiat dalam penciptaan sajak, mereka telah pun berhasil

merumuskan konsep sastera Islam sebagai garis panduan meneipta dan menilai karya

sastera.. Dalam rumusan itu tersimpul bahawa sastera Islam adalah “sastera terlibat”

atau committed literature yang penciptaannya didasarkan, pertama, kepada niat baik

yang jelas; kedua, tertulis oleh sasterawan yang benman dan beramal saleh; ketiga,

bersifat pendakwahan; dan, keempat, keseluruhannya berteraskan kepada kebajikan.

Di sini jelas bahawa penciptaan sastera di negara Brunei Darussalam terlaksana dengan

suatu disiplin yang khas, iaitu pendisplinan kelslaman.

Berdasarkana kepada keadaan yang berlaku ini dapatlah kita menegaskan bahawa

kewujudan bangsa dan masyarakat Melayu yang beragama Islam sebagai warga dunia

tidak dapat terpisah untuk turut memberikan pengarah besar dalam pembentukan

kesusasteraan dan seterusnya teori pengkaedahan Melayu ini. Sejarah dan situasi

10

terkini membuktikan bahawa bangsa dan masyarakat Melayu adalah suatu bangsa besar

dan kuat yang memiliki ciri-ciri keistimewaan dan kedaulatan tersendiri. Kerana itu, ia

mampu membentuk corak tamadun dan sitem pemerintahan sesrta kepercayaan yang

berlandaskan kepada agama Islam, iaitu agama yang amat mengutamakan kerasionalan,

kebenaran dan keilmuan Kemampuan ini menjadi sebab terpenting untuk mereka

berupaya dalam membentuk dirinya sebagai bangsa yang berbudaya, beradab, berilmu,

berteknologi dan berdaya cipta atau berkreatif tinggi. Dengan adanya landasan ini

bangsa Melayu dapat bergerak dan berkembang dalam cara hidup (Weltanschauung) dan

pandangan dunia (iworld-viewj yang jelas dan khusus dengan asas-asas tradisi dan

agama yang kuat, terutamanya dalam penyusunan sistem-sistem kebudayaan dan

kesenian, perundangan,-* pemerintahan, perekonomian, pendidikan dan persosialan.

Dar: situlah timbulnya pemahaman dan tanggapan mereka yang tersendiri pula terhadap

kosmologi, iaitu teori tentang alam semesta dan aturan-aturan penyusunannya dalam

suatu keseluruhan yang teramat rapi. Dalam konteks ini, bangsa Melayu melihat alam

semesta dalam dua lapis tertentu, yang dikenah sebagai lapis metafizikal dan lapis

fizikal. Lapis metafizikal merupakan lapis atau bahagian alam yang tidak terlihat oleh

mata kasar; ia biasa disebutkan oleh bangsa Melayu sebagai “alam ghaib,” iaitu

bahagian alam yang sepenuhnya berada dalam kelebihan ilmu dan keagungan kuasa

Allah, yang selalunya menjadi wadali tempat berlakunya kejadian-kejadian bersifat

“supernatural” dan ruang kediaman makliluk-makhluk halus ciptaan Allah. Pada

alam inilah tersembunyinya kewujudan zat Allah dengan segala sifatnya yang maha

11

tinggi dan agung untuk menguasai bukan sahaja alam ghaib tetapi juga keseluruhan

alam zahir atau alam fizikal.

Alam fizikal adalah lapis fizikal yang selalu dipanggil mereka sebagai “alam zahir”

atau alam yang dapat dilihat, disentuh dan dirasa; di dalamnya terdapat segaia macam

kejadian dan benda serta makhluk yang dicipta oleh Allah dalam keadaan yang jelas

berbentuk secara lengkap dan indah. Segaia kejadian dan penciptaan makhluk di alam

zahir atau fizikal adalah keseluruhannya mencerminkan sifat kemuliaan dan kuasa

keagungan Allah; melalui perantaraan alam zahir inilab zat dan sifat Allah dapat

difahami dan dihayati. Selain daripada itu, alam zahir juga menyediakan segaia

macam sumber dan kemudaban untuk manusia menjalani kehidupan dari berkembang

biak; alam zahir yang sedemikian lengkap dan indah dicipta Allah dapat berfungsi untuk

memberikan kebaikan, menyediakan pengalaman dan ilmu pengetahuan, menunjukkan

petanda-petanda kewujudan dan keagungan Allah, dan mem and u untuk memahamkan

makna kejadian atau penciptaan serta keindahan. Demikianlah maka pada alam semesta

ciptaan Allah itu sesungguhnya tersangat jelas terpancamya unsur-unsur kebajikan

(kebaikan), ketaqwaan (kecintaan) dan ketatasusilaan (keindahan). Semua ini

merupakan hakikat yang wujud dan disedari secara mendalam oleh bangsa Melayu

sehingga dapat mempengaruhi mereka untuk mendekati dan mendampingi alam dalam

menjalani kehidupan mereka di sepanjang zaman.

Keintiman hidup mereka dengan alam itu juga menjadi antara faktor terpenting yang

membuahkan hasil-hasil ciptaan sastera Melayu yang amat banyak persamaannya dengan

sifat kejadian alam semesta dari ciptaan Allah. Sebahagian besar bentuk dan isi karya-

12

karya sastera Melayu yang sedemikian telah pun diperkatakan sebelum ini; namun, di

sini biarlah sekali lagi ditegaskan secara singkat ciri-ciri persamaan yang ada pada alam

semesta dan kesusasteraan Melayu. Pada alam semesta dan kesusasteraan Melayu

terdapat pelbagai nilai-nilai keistimewaan, kegaguman dan keindahan : ia (alam

semesta dan kesusasteraan Melayu) berfungsi secara menyeluruh melalui integrasi

unsur-unsur pembinaannya; ia memiliki sifat kompleksiti dalam kepelbagaian

matlamat; ia terbina indah dari kekuatan interaksi antara unsur dan konteks; di

samping mempunyai nilai keindahan, ia juga amat bermanfaat apabila dilihat sebagai

bahan paling berharga bagi menyara kehidupan dan mengobati kejiwaan manusia, bahan

sumber untuk meneroka tentang segala macam pengetahuan mengenai diri manusia dan

kehidupannya; dan, ia memaparkan daya cipta yang amat indah dan mister sifatnya,

baik pada aras lahiriahnya mahu pun batiniahnya.

ISI POKOK TEORI : Dengan berasaskan kepada rupa bentuk asli kesusasteraan

Melayu dan kepada corak kebudayaan dan sikap hidup serta pandangan dunia bersama-

sama dengan perspektif alam semesta (kosmologi) dan agama Islam, maka TEORI

PENGKAEDAHAN MELAYU dilahirkan dengan bertunjangkan kepada DUA dasar

pengkaedahan utama yang masing-masing amamakan sebagai PENGKAEDAHAN

ALAMIAH dan PENGKAEDAHAN KEAGAMAAN. Kedua-dua pengkaedahan ini

adalah berpadu, saling berkaitan antara satu dengan lainnya, dan saling kukuh

memperkukuhkan.

13

Pengkaedahan pertama dibentuk dengan berlandaskan kepada dua dasar utama yang

berkaitan langsung dengan kehidupan dan keagamaan bangsa Melayu. Masyarakat

Melayu menjalani kehidupan mereka dengan berpolakan kepada pergerakan dan

pengisian alam; dengan corak pola kehidupan begini maka mereka menjadikan alam itu

seolah-olah sebagai sebahagian daripada diri dan kehidupan mereka. Maka itulah kita

dapati alam di kalangan mereka merupakan sumber paling penting yang dapat

memberikan mereka pekerjaan atau pencarian, pengalaman, pengajaran dan pelbagai

kebaikan. Pengamalan corak hidup sedemikian tercermin jelas dalam sebuah kitab

tertua yang menjadi semacam panduan atau petunjuk hidup yang dianggap betul dan

“berkat,” terutama di kalangan generasi lama, iaitu kitab Tajulmuluk (terbitan

Maktabah Wamatba’ah Warulmu’arif, Pulau Pinang). Kitab ini membicarakan enam

perkara utama yang menyangkut pokok-pokok persoalan tentang manusia, kesihatan

(perubatan) manusia, sifat dan geraklaku manusia, mimpi dan firasat, cekerwala dan

perumahan. D- samping keenam-enam persoalan tersebut, kitab itu juga turut

memperkatakan tentang kejadian alam dari kacamata Islam, iaitu kejadian tujuh petala

langit dan bumi, dalam persoalan berbentuk tambahan. Dari pelbagai persoalan pokok

yang dibicarakan tad) dapatlah dirumuskan bahawa perkara utama yang menjadi fokus

atau perhatian utama pengarangnya adalah tidak lain daripada konsep alam dan unsur-

unsur pengisiannya yang memiliki banyak kebaikan untuk dimanfaatkan oleh manusia.

Dan apabila ini kita kaitkan pula dengan agama Islam yang menjadi anutan terulung

dan mendalam bagi bangsa Melayu, maka temyata bahawa persoalan tentang konsep

alam menjadi semakin ketara dan benar sebagai suatu perkara yang sungguh besar

14

bukan sahaja buat manusia, malah bagi Allah sendiri pun. Untuk mempastikan

kebenaran ini kita di sini menjadi perlu dan wajar pula untuk mengambil kitab maha

agung dan suci kita Al Quran sebagai rujukan terpenting. Antara persoalan utama yang

mendapat tempat dan perhatian untuk dipersoalkan dalam kitab suci tersebut adalah

mengenai alam dan fenomenanya; ini diperkatakan dalam himpunan ayat bexjumlah

sebanyak 750 semuanya yang merangkumi tiga isu atau persoalan besar, iaitu tentang

asal-usul kejadian manusia dan fenomenanya; tentang pembentukan aturan, kordinasi

dan matlamat penciptaan alam; dan, tentang penggunaan dari manfaat atau faedah yang

diberikan oleh alam. (Lihat, Dr. Mehdi Golshani, 1986 : 81, 87 - 92). Dari

ketiga-tiga isu tersebut kita dapat menemukan berikut ini sejumlah rumusan umum

tentang konsep dan tanggapan terhadap penciptaan alam seperti yang terakam dalam Al

Quran tadi begird :

(1) Segaia benda yang diciptakan Allah dalam alam ini adalah berimbangan dan

berukuran baik dilihat pada aspek kuantitatif mahu pun kualitatif;

(2) Allah mencipta tiap benda dalam alam ini dengan berhikmah, bijaksana, bemila:

dan bertujuan;

(3) Manusia merupakan kejadian alam paling istimewa, unsur-unsur tentang

kejadiannya menjadi pelengkap kepada yang lain daiam suatu keseluruhan;

(4) Bersesuaian dengan kejadiannya sedemikian, manusia dilantik oleh Allah sebagai

khalifah untuk menjaga dan memelihara alam daripada kemusnahan;

15

(5) Segala sumber kehidupan dan keindahan di alam ini diamanahkan kepada manusia

oleh Allah;

(6) Manusia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pemeliharaan dan pengekalan alam,

dan mensyukuri terhadap manfaan dan nikmat alam yang dianugerahkan Allah;

(7) Pemeliharaan dan pengekalan alam dapat terlaksana melalui pembangunan

manusia dan negara. (Lihat, A.R Agwan, 1997 : 72 - 75).

Dengan berpandukan kepada tanggapan terhadap alam melalui perspektif budaya

bangsa Melayu dan juga agamanya sendiri tadi, maka pembentukan Pengkaedahan

Alamiah dapat diwujudkan dalam tiga rangkaian pendekatan, iaitu PENDEKATAN

GUNAAN: PENDEKATAN MORAL; dan, PENDEKATAN FIRASAT.

Pendekatan pertama atau Pendekatan Gunaan melihat karya sastera sebagai suatu objek

atau benda ciptaan dalam alam; sama seperti objek-objek lain ciptaan Allah, karya

sastera juga merupkan suatu kejadian yang mempunyai sebab, hikmat, fungsi, tujuan,

ukuran dan imbangan. Selain daripada itu, karya sastera yang dicipta oleh pengarang

dengan izin Allah, khususnya karya-karya sastera Melayu, paling utama diteliti dari

sudut kegunaan atau kemanfaatan penghasilannya yang dapat diberikan kepada pembaca

atau masyarakat, baik dilihat pada tahap luaran (ekstrinsik) inahu pun dalaman

(intrinsik). Dengan kata lain, karya sastera di sini ditanggapi sebagai alat yang boleh

memberi guna dan kepada manusia dan kehidupannya pada kedua-dua peringkat zahir

dan batin. Dengan maksud ini, kita umpamanya dapat menderetkan karya sastera

bersama-sama dengan objek-objek alam yang lain seperti sungai, pokok, gunung, lebah

16

dan sebagainya; di sini, kalau ditinjau dalam aspek gunaan pada sungai maka kita

dapati banyak sekali faedah atau manfaatnya yang dapat dihuraikan dan dinilaikan: ia

dapat memberikan air untuk minuman atau cucian; ia dapat menjadi sumber makan

seperti ikan dan kerang; ia memiliki keindahan yang dapat melahirkan rasa kekaguman

dan ketenangan pada rasa dan jiwa manusia; dan, ia boleh menjadi sumber untuk

manusia berfikir atau berta’akul untuk mengibaratkan diri dan sifat kewujudannya

(sungai) sama seperti diri dan kehidupan manusia sendiri pula. Maka dalam keadaan

yang sama juga dapat kita lakukan terhadap penelitian dan penilaian pada karya-karya

sastera.

Pendekatan berikutnya adalah Pendekatan Moral. Dengan moral di sini ia tidak

dimaksudkan sebagai menyamai dengan makna moral yang aitanggapi umum, iaitu

tatasusila atau dasar-dasar kelakuan yang baik dan jahat; atau, ia juga tidak bermalcsud

etika. Yang benar-benar dimaksudkan “moral” di sini adalah peng’iktibaran dan

pengajaran; kesedaran untuk berfikir dan bertindak mengambil contoh tauladan atau

pengajaran di sebalik sesuatu kejadian atau pengalaman. Maksud ini menjadi amat

bersesuaian dengan kegiatan mencipta atau mengarang karya sastera. Seperti yang kita

fahami dan maklumi, di samping menjadi suatu objek alam yang dituliskan atau

dihasilkan, karya sastera juga merupakan suatu “kejadian alam;” ia menjalani suatu

proses penciptaan atau penuiisan yang panjang dan melibatkan berbagai perkara serta

kegiatan lain sebelum terhasilnya secara konkrit sebuah karya untuk dibaca dan dihayati

oleh masyarakat. Ia melibatkan soal pengumpulan bahan penuiisan yang selalunya

terdiri daripada manusia dan kehidupan serta kejiwaannya; ia memerlukan adanya

pengalaman dan penafsiran pengarang terhadap manusia dan lingkungannya itu; dan, ia

selanjutnya membabitkan kekuatan ilmu pengetahuan dan daya kreativiti pengarang

dalam penyusunan dan pembinaan karya sastera yang berisi dan berbentuk indah. Karya

sastera dalam konteks ini harus ditinjau dalam jangkauan yang lebih jauh daripada

kewujudannya sebagai suatu alat atau benda. Ada banyak perkara lain yang harus

diteroka dan ditemukan di sebalik bentuk, isi dan proses penglahirannya itu : motif

adanya pemilihan bentuk baru dan konvensional; pengisian manusia dan peristiwa-

peristiwa kehidupan serta maklumat-maklumat diri serta persekitarannya; pengalaman

dan kejiwaan serta matlamat pengarang dalam penciptaannya. Dengan demikian, ia

adalah bertepatan untuk menanggapi sastera dalam pendekatan ini sebagai suatu

penciptaan seni yang menyingkapkan dan menyumbangkan pengalaman sexta

pengetahuan. Pengalaman yang tersingkap adalah pengalaman pengarang yang

dirakamkan atau dipaparkan dalam karya sastera, yang terdiri daripada pemerian

mengenai pelbagai ragam atau jenis dan perlakuan serta perbuatan manusia yang dapat

pula memperkayakan pengalaman dan juga menjadi cermin perbandingan atau

pengibaratan kepada pembaca. Dalam rakaman itu turut pula tertulis pelbagai maklumat

yang berupa pengetahuan, iaitu mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan dir'

manusia dan kehidupannya seperti kebudayaan, geografi alam, keagamaan, politik

dan kenegaraan, cara hidup serta ekonomi, atau pendidikan serta keintelektualan.

Tegasnya, dari karya sastera pembaca bukan sahaja dapat menimba dan

memperkayakan pengalaman serta pengetahuan, tetapi juga mengambil contoh tauladan

18

atau kias ibarat untuk memperbaiki serta mempertingkatkan kehidupan. Karya sastera

dalam pendekatan Ini hams mampu mencontohi kitab suci Al Quran yang memiliki

pelbagai nilai ketinggian : dalamnya terkandung pelbagai ilmu pengetahuan,

pengisahan berbagai jenis dan perlakuan manusia untuk dipelajan dan dicontohi,

penyampaian nasihat dan ajaran, dan kepentingan kepada bentuk serta keindahan.

Sehubungan dengan dengan pendekatan ini adalah Pendekatan Firasat atau

pendekatan ketiga dan terakhir dalam Pengkaedahan Alamiah. Sama seperti Pendekatan

Moral tadi, pendekatan ini juga bertunjangkan kepada tanggapan bahawa sastera adalah

suatu kejadian alam yang merakamkan dan memanifestasikan pengalaman hidup.

Namun, pengalaman hidup yang dimaksudkan dalam konteks ini lebih mengarah kepada

pengalaman penciptaan karya yang penuli dengan daya kemisterian dan keimaginatifan;

ia menyamai seperti suatu kejadian “mimpi” yang temyata juga amat misteri sifatnya.

Pendekatan psikoanalisis, dalam tradisi teori dan kritikan kesusasteraan di barat, memang

menyamakan penciptaan sebuah karya sastera dengan kemunculan sebuah mimpi yang

mengandungi lapisan-lapisan “latent content” dan “manifest content” dengan berasaskan

kepada dorongan keinginan jiwa bawah-sedar manusia. Dalam tanggapan atau

kepercayaan masyarakat Melayu, mimpi bukan teijadi kerana dorongan sedemikian

tetapi kerana kehendak Allah yang dibenkan dalam berbagai keadaan mengikut jenis

manusia pemimpi; mimpi yang benar dan baik—termasuk wahyu—selalu teijadi pada

para rasul dan nabi, mimpi jahat yang dipengaruhi syaitan dan mimpi akibat refleksi

mental kerap berlaku di kalangan manusia biasa. Kerana itu, masyarakat Melayu yang

19

Islam amat rnemberikan perhatian terhadap mimpi yang berupa sebahagian daripada

pemberian Allah dan berkaitan rapat dengan kehidupan serta kepercayaan mereka.

Sungguhpun begitu, “mimpi” dalam penghasilan sastera Melayu tidak pula menyamai

dengan mimpi yang lahir dari dorongan jiwa bawah-sedar dalam tanggapan psikoanalisis

tadi, melainkan mimpi yang dilakukan secara sedar dan didasarkan kepada wawasan dan

matlamat yang khusus. Namun, misteri seperti mimpi itu tetap ada untuk

dipertahankan, iaitu ditimbulkan dalam corak atau teknik penyampaian; ini

termasuklah dalam cara penggunaan bahasa yang berlapis, pemakaian lambang,

penamaan dan pemerian sifat watak, dan penambahan kompleksiti pada aspek

pengisahan atau penceritaan dalam karya. Unsur kemisterian yang banyak ditimbulkan

dalam corak persembahan mengakibatkan karya menjadi laksana sebuah mimpi yang

mengandungi lapisan-lapisan “manifest content” dan “latent content” dan memerlukan

pelaksanaan ta’abir atau penafsiran untuk menyelesaikan kemesteriannya atau proses

menemukan makna sebenamya. Maka itu, dalam karya sastera Melayu juga ada

lapisan-lapisan “manifest content” dan “latent content” yang masing-masing lebih

dikenali sebagai lapis yang “tersurat” dan yang “tersirat.” Lapisan “tersurat” adalah

lapis zahir yang dapat dilihat dan dirasakan dengan jelas dan rnudah, manakala lapisan

“tersirat” meruapakan lapis batin yang hanya dapat dimengerti melalui mata hati atau

pemikiran dan keintelektualan sahaja. Lapis zahir atau “tersurat” pada karya terdiri

daripada penanda, atau dalam kehidupan dan arnalan masyarakat Melayu di sebutkan

“alamat,” yang terkandung dalam pemaparan pengisahan dan maklumat pada karya.

Dengan menggunakan penanda atau alamat yang berselerak pada lapis “tersurat” itulah

20

kita dapat memahami dan menemukan makna lain yang lebih benar pada lapis “tersirat”

atau “latent content.” Jadi, makna pada lapis “tersirat” akan dapat ditemukan bukan

hanya berdasarkan kepada pemahaman selapis dan kasar pada lapis yang “tersurat”

sahaja, tetapi kepada pemahaman yang lebih jauh dan mendalam terhadapnya melalui

proses-proses berfikir dan berta’akul secara kritis dan terbuka. Dalam proses itulah

maka terlaksana apa yang kita istilahkan sebagai “firasat,” iaitu proses membuat ramalan

atau “tilik” yang berpandukan kepada akal, ilmu dan pengalaman bagi menemukan

kebenaran dan ketepatan.

Seterusnya, kita lihat pula pengkaedahan kedua yang dinamakan

PENGKAEDAHAN KEAGAMAAN. Dalam pembinaan teori yang terawal, penulis

merumuskannya sebagai pendekatan yang bersandarkan sepenuhnya kepada keimanan

dan bersendikan aqidah agama Islam, bersesuaian dengan kejiwaan serta kepercayaan

agama anutan kukuh dan tulen bangsa Melayu; rujukan paling utama dan utuh adalah

Al Quran dan Hadith. Dari pengkaedahan ini ditimbulkan juga TIGA pendekatan

yang masing-masing dipanggil Pendekatan Dakwah, Pendekatan Kemasyarakatan

dan Pendekatan Seni; pengenalan tentang ketiga-tiganya terhurai secara singkat berikut

ini. Pendekatan Dakwah melihat sastera sebagai suatu wadah atau sarana untuk

mempertingkatkan nilai ketaqwaan seseorang insane terhadap Allah. Sastera, dalam

maksud yang kudus begini, ditanggapi sebagai mengandungi persoalan-persoalan yang

memaparkan pengisahan yang memancarkan tentang sifat-sifat kemuliaan dan ketinggian

Allah sehingga ia dapat dijadikan semacam “kitab” yang darinya para manusia dapat

mengenali dan menghayati dengan lebih dekat dan khusuk tentang diri dan sifat Allah

20

kita dapat memahami dan menemukan makna lain yang lebih benar pada lapis “tersirat”

atau “latent content.” Jadi, makna pada lapis “tersirat” akan dapat ditemukan bukan

hanya berdasarkan kepada pemahaman selapis dan kasar pada lapis yang “tersurat”

sahaja, tetapi kepada pemahaman yang lebih jauh dan mendalam terhadapnya melalui

proses-proses berfikir dan berta’akul secara kritis dan terbuka. Dalam proses itulah

maka terlaksana apa yang kita istilahkan sebagai “firasat,” iaitu proses membuat ramalan

atau “tilik” yang berpandukan kepada akal, ilmu dan pengalaman bagi menemukan

kebenaran dan ketepatan.

Seterusnya, kita lihat pula pengkaedahan. kedua yang dinamakan

PENGKAEDAHAN KEAGAMAAN. Dalam pembinaan teori yang terawal, penulis

merumuskannya sebagai pendekatan yang bersandarkan sepenuhnya kepada keimanan

dan bersendikan aqidah agama Islam, bersesuaian dengan kejiwaan serta kepercayaan

agama anutan kukuh dan tulen bangsa Melayu; rujukan paling utama dan utuh adalah

A l Quran dan Hadith. Dari, pengkaedahan ini ditimbulkan juga TIGA pendekatan

yang masing-masing dipanggil Pendekatan Dakwah, Pendekatan Kemasyarakatan

dan Pendekatan Seni; pengenalan tentang ketiga-tiganya terhurai secara singkat berikut

ini. Pendekatan Dakwah melihat sastera sebagai suatu wadah atau sarana untuk

mempertingkatkan nilai ketaqwaan seseorang insane terhadap Allah. Sastera, dalam

maksud yang kudus begini, ditanggapi sebagai mengandungi persoalan-persoalan yang

memaparkan pengisahan yang memancarkan tentang sifat- sifat kemuliaan dan ketinggian

Allah sehingga ia dapat dijadikan semacam “kitab” yang darinya para manusia dapat

mengenali dan menghayati dengan lebih dekat dan khusuk tentang diri dan sifat Allah

21

yang demikian tadi untuk tujuan menambahkan dan mempertingkatkan rasa kecintaan

dan kehormatan manusia yang lebih besar dan suci terhadapNya. Selain daripada itu,

yang juga dianggap sebagai amat penting, sastera di sini ditinjau sebagai mampu

mempersoalkan tentang kemumian dan kelebihan agama Islam, yang darinya akan dapat

menimbulkan daya tarikan yang lebih besar terhadap kesucian agama tersebut, baik

dalam golongan Muslim sendiri mahupun golongan bukan-Muslim. Berikutnya, bagi

Pendekatan Kemasyarakatan pula sastera dikira sebagai wadah tempat pendedahan

segala macam persoalan yang berakarkan kepada tujuan-tujuan memberikan kebaikan

dan kesejahteraan kepada masyarakat seperti yang dituntut oleh Islam. Sebagai suatu

hasil seni yang mengutamakan keintelektualan dan keindahan, sastera dalam konteks

ini menjadi, bersesuaian pula untuk mendedahkan dengan berani, jelas dan benar

peitoasalahan-pennasalahan tentang kemungkaran, ketidakadilan, kepuraan,

kerasuahan, penipuan dan penindasan, iaitu permasalahan-permasalahan yang

dianggap sebagai punca kepada bcrlakunya kepincangan masyarakat dan keruntuhan

iman umat Islam. Maka adalah benar dan sesuai apabila sastera dalam pendekatan ini

digelarkan sebagai “sastera untuk masyarakat dari perspektif Islam.” Dan, bagi

pendekatan terakhir yang dipanggil Pendekatan Seni ia memberikan perhatian utama

kepada aspek-aspek keindahan dalam karya sastera, iaitu keindahan yang membataskan

'dirinya kepada nilai-nilai erika yang tunduk kepada aqidah dan ajaran suci Islam. Dilihat

dalam ajaran dan amalaxmya, Islam memang mengutamakan kebenaran dan keindahan..

Tiap amalan dan gerakan umat Islam dituntut supaya dilakukan secara tertib, mengikut

atura® dan hokum yang sudah ditetapkan. Tuntutan ini diperlukan bukan sahaja

23

'3) Penciptaan kesusasteraan Melayu dan alam merupakan penciptaan yang

bermakna dan berhikmah untuk kemanfaatan dan kebaikan manusia sejagat.

Oleh kerana wujudnya ikatan yang agak kental dan padu begitu, maka ia dapat pula

dibina suatu teori lain yang kini juga sedang berkembang di negara-negara Eropah dan

Amerika Utara, iaitu teori “ecocriticism " atau kritikan eko (kritikan alam sekitar);

dalam konteks perkembangan dan keperluan kesusasteraan negara, kita boleh

menamakannya sebagai “Kritikan Eko Melayu” {Malay Ecocriticism) dengan bercirikan

unsur-unsur keMelayuan dan kelslaman. Dalam pengertiamiya yang umum kritikan eko

bennaksud pengkajian dan penilaian terhadap hubungan antara kesusasteraan dengan

alam sekitar; pengertian ini juga dapat kita gunakan tetapi dengan sedikit tambahan,

iaitu alam sekitar dalam tanggapan atau perspektif Melayu dan Islam. Teori kritikan

tersebut memang dapat kita bina dan perkembangkan sebagai suatu cabang teori dalam

bidang pengajian teori dan kritikan kesusasteraan tanah air. Ini dikatakan demikian

kerana, pertania, ia temyata amat bersesuaian dengan kejiwaan dan kehidupan

masyarakat Melayu; kedua, mempelajari dan memelihara alam memang dituntut oleh

Allah sendiri melalui firman-firman tertentuNya dalam Al Quran, kerana alam

merupakan tanda-tanda yang menunjukkan kewujudan dan keagungan Allah; ketiga,

alam adalah ciptaan Allah yang berbentuk indah dan bermanfaat besar, bersamaan

dengan pembentukan dan kegunaan kesusasteraan; keempat, adanya galakan dan

kempen secara besar-besaran dalam mendidik rakyat ke arah meyedari dan mencintai

keindahan dan kepentingan alam sekitar kepada kehidupan serta kemajuan; kempen

24

sebegini akan menjadi lebih meluas dan bermakna apabila ia juga dapat berlaku dalam

pendidikan dan pengkajian sastera melalui teori kritikan eko tadi; dan, kelima juga

terakhir, krisis alam sekitar yang meruncing kini amat memerlukan keprihatiman dan

keterlibatan begini untuk turut berusaha mengendurkannya dalam suasana keilmuan dan

kerasionalan, Demikianlah maka kritikan eko dapat terbina dan berperanan secara

berkesan bukan sahaja dalam memperkayakan dan mempelbagaikan pendekatan dalam

teori pengkaedahan Melayu, malah juga dalam pemeliharaan dan penyuburan alam

sekitar untuk kebaikan dan kesejahteraan hidup manusia.

PRINSIP PENERAPAN : Semua unsur teori dan pendekatan dalam Teori

Pengkaedahan Melayu yang terhurai tadi temyata memiliki kekuatan dan keistimewaan

tersendiri untuk dapat digunakan atau diterapkan terhadap karya-karya sastera Melayu

khususnya dalam kegiatan-kegiatan pengkajian dan pengkritikan kesusasteraan Melayu

Brunei. Pembentukan kesusasteraan Melayu pada umumnya—dan secara khusus

kesusasteraa Melayu Brunei—adalah berasaskan kepada kenyataan atau “reality” yang

wujud dalam masyarakat, terutamanya kenyataan-kenyataan tentang kewujudan karya,

situasi kehidupan dan kebudayaan, dan juga kepercayaan keagamaan. Kenyataan-

kenyataan tersebut merupakan perkara-perkara yang berada dalam pengalaman dan

pengetahuan masyarakat Melayu, perkara-perkara yang menjadi amalan dan pegangan

hidup mereka. Selain itu, sifat teori dan pendekatan yang terbina tidak teijelma

sebagai sesuatu yang terlalu asing atau sukar untuk dimengerti; segala-galanya

berasaskan kepada hal-hal yang wujud dan berlaku dalam kehidupan harian serta

25

kepercayaan masyarakat. Dan, lebih jauh daripada itu adalah kesemua teori dan

pendekatan dibina atas akar kepercayaan agama dan amalan kehidupan serta kebudayaan.

Supaya semua ini dapat terlaksana dengan teratur dan sempuma, maka berikut ini

dijelaskan prinsip-prinsip utama penerapan terutamanya dalam pemakaian Pendekatan-

pendekatan Gunaan, Moral, Firasat, dan Kritikan Eko.

Dalam Pendekatan Gunaan sastera harus dilihat sebagai satu antara objek alam, yang

bertaraf atau berstatus sama dengan objek-objek alam yang lain; penciptaannya

mempunyai kegunaan atau faedah, sukatan dan ukuran serta berbentuk khusus yang

bemilai indah. Ini perlu diterokai dalam aspek-aspek bentuk dan isinya; kedua-

duanya harus ditinjau atau dinilai dalam sudut kegunaannya. Selain itu, sastera di

sini juga perlu dikaji dari sudut penglahirannya yang bersebab, berhikmah dan

berfungsi khusus; kajian adalah merangkumi unsur-unsur intrinsik dan ekstrinsik

sehingga turut menyentuh soal-soal latar belakang penciptaan, pengarang, pembaca,

masyarakat, dan aliran. Dengan kata lain, sastera pasti diteliti dalam konteks

berfungs1 sebagai suatu alat atau sarana.

Pendekatan Moral juga menyediakan sejumlah prinsip yang boleh dijadikan panduan

dalam kerja-kerja penerapannya. Antaranya yang terpenting adalah, pertama, sastera

juga harus dilihat sebagai pemberi manfaat tetapi manfaat yang lebih besar daripada

fungsinya sebagai alat, iaitu kemanfaatan yang lebih mengarah kepada keperluan

kebatinan dan keperibadian manusia; sastera di sini menjadi perakam dan pemyataan

pemikiran serta pengalaman manusia yang boleh mempengaruhi perasaan, peribadi,

dan kehidupan pembaca atau masyarakat. Kerana itu, sastera dalam hubungan ini

26

dapat dikaji sebagai sumber yang amat berharga dalam memperkayakan pengalaman dan

pengetahuan pembaca; malah, di sini juga sastera harus dinilai keberkesanan

peranannya dalam memberikan unsur-unsur pengiktibaran atau pengibaratan kepada

pembaca untuk memahami manusia, kemanusiaan dan kehidupan.

Seterusnya, dalam Pendekatan Firasat pengkaji atau pengkritik sewajamya dapat

melihat sastera sebagai memiliki sifat-sifat zahir dan batin yang diistilahkan lapis

tersurat dan lapis tersirat; sifat zahir atau yang tersurat merupakan PENANDA, atau/

disebut “alamat” oleh masyarakat Melayu, yang harus dijadikan perantaraan untuk

memahami makna sebenar dalam sifat batinnya pada lapis tersirat, atau dalam teori

stsrukturalisme diistilahkan sebagai PETANDA. Maksudnya, di sini, sastera patut

dianggap sebagai wacana berlapis dan berkias yang perlu dilakukan penafsiran

terhadapnya untuk menemukan makna atau isi dan tujuan sebenar pengarangnya.

Penafsiran pada karya dapat dilakukan baik pada sifat-sifat luarannya, mahu pun pada

corak pemakaian gaya bahasa, nada, sistem tanda dan lambang-lambang tertentu yang

ada; sastera harus dilihat dan dikaj: sebaga: pembentukan wacana yang

berpelambangan.

Dan untuk kritikan eko juga terdapat prinsip-prinsip tertentu yang utama dan sesuai

bagi dijadikan panduan. Seperti yang telah ditegaskan, kritikan eko mengkaji

hubungan antara sastera dengan alam sekitar; dan hubungan yang ditekankan sebagai

tergarap atau terpancar pada sastera itu termasuklah hubungan antara alam dengan

manusia, dengan budaya, dengan sifat-sifat keagungan dan kemuliaan Allah, dan juga

dengan unsux-unsur struktur pembinaan dan keindahan. Selain itu, pengamal kritikan

27

ini juga harus melihat dan menilai sejauh mana peranan alam sekitar dalam

menghidupkan persoalan dan melahirkan keindahan pada pembinaan struktur karya

sastera; ini termasuklah penganalisisan tentang cara gambaran alam sekitar dalam karya,

peranan alam sekitar dalam pembentukan plot atau keperibadian watak, pengaruh alam

sekitar terhadap kehidupan dan keperibadian manusia (watak), fongsi alam sekitar

dalam menjelaskan nilai-nilai keindahan pada isi dan bentuk karya, atau gambaran alam

sekitar pada karya yang dapat memancarkan sifat dan kebijaksanaan Allah dan ketinggian

agama Islam Malah gambaran alam sekitar dalam karya juga dapat dikaji sebagai dapat

menjadi pemantapan keimanan dan ketaqwaan manusia. Pendeknya, yang amat

ditekankan di sini sebagai prinsip dasamya adalah hubungan timbal balik yang wuj id

antara sastera dengan alam sekitar.

PENERAPAN DALAM KESUSASTERAAN BRUNEI : Kesusasteraan Melayu

Brunei temyata amat berpotensi dalam menjayakan pemakaian atau pensrapan

Pengkaedahan tersebut. Penegasan ini dapat diungkapkan secara yakin dengan

berlandasskan khusus kepada keistimewaan ciri atau sifat tertentu yang menjadi

miliknya. Penciptaan kesusasteraan Melayu Brunei dari sejak awal pertumbuhan dan

perkembangannya sehingga kini memang berasaskan kepada prinsip-prinsip keMelayuan

dan kelslaman, bersesuaian dengan falsafah kenegaraan Brunei Darussalam itu sendiri,

yang berkonsepkan MIB (Melayu Islam Beraja). Kewujudan asas pengkaryaan begini

dapat menjadikan hasil-hasil sasteranya. lebih terarah dan terkawal sifat penciptaannya,

28

iaitu penciptaan yang mengarah kepada pembentukan kesusasteraan yang bukan sahaja

memiliki keindahan tetapi juga kemanfaatan atau kebajikan. Dengan penekanan kepada

menghasilkan sifat pembentukan sebegitu rupa, maka kita dapati hampir keseluruhan

kesusasteraan Melayu Brunei itu mengambil sifat kesusasteraan “committed” yang

terikat sepenuhnya untuk berperanan memberikan pendidikan, pengetahuan dan

pengibaratan dalam cara yang paling indah dan halus. Penghasilan begini dapat pula

terlaksana dengan baik apabila pengarang-pengarangnya itu bukan sahaja terdiri daripada

golongan rakyat tetapi juga golongan bangsawan seperti raja (khususnya Pujangga

Istana Pengiran Syahbandar Pengiran Mohd. Salleh Bin Pengiran Samiayuda dan

Penyair Diraja Paduka Seri Begawan Sultan Omar AJi Saufuddien Sa’adul Khairi

Wadddien, Sultan Brunei yang ke-21) dan menteri atau pun pentadbir negara yang

memegang pimpinan keagamaan seperti Shukri Zain, Yahya M.S., Adi Runxi dan

Badaruddin H.O. Penghasilan karya sastera Melayu Brunei dari kedua-dua golongan

pengarang tadi memang jelas dapat diterapkan dalam kegiatan peniiaian dan pengkritikan

terhadapnya dengan menggunakan teori atau pendekatan Pengkaedahan Melayu yang

secara tegas pula berteraskan kepada dasar-dasar keMelayuan dan kelslaman.

Ini dapat kita lihat sebagai contoh awal penyesuaian pengkaedahan tersebut pada

karya-karya sastera yang terhasil oleh pengarang Pejangga Istana dan Penyair Diraja.

Pujangga Istana menuliskan karya agongnya beijudul Syair Raids (tertulis kira-kira pada

tahun 1845); karya ini. tersusun dalam duabelas “rakis” atau bab yang mengungkapkan

persoalan-persoalan tentang politik, sosial, budaya, dan pendidikan. Dalam

pengutaraan persoalan-persoalan itu pula pengarang menyelitkan pelbagai nasihat,

29

pandangan, penilaian dan pemikiran tertentu bagi tujuan memberikan panduan dan

pendidikan kepada pemerintah dan masyarakat supaya terutamanya menjaga kedaulatan

bangsa dan negara. Dengan berdasarkan kepada corak isi persoalan yang tertuang ke

dalamnya maka jelas karya ini dapat dilihat dan dikaii dengan menggunakan Pendekatan

Gunaan dan Moral dari Pengkaedahan Alamiah, dan Pendekatan-pendekatan

Kemasyarakatan serta Estetika dari Pendekatan Keagamaan.

Penggunaan yang sama dapat diterapkan pada karya-karya yang tertulis oleh Penyair

Diraja. Kebanyakan karya-karya berbentuk syair dan tertulis dalam tahun-tahun

enampuluhan, iaitu seperti Syair Nasihat, Syair Kenangan, Rampaial Laila Syair,

Syair Asli Rajang Hari, dan Syair Perlembanggaan Negeri Brunei. Karya-karya

syair ini memiliki nilai-nilai puitis yang tinggi, temtama dalam aspek-aspek bentuk,

polarima, peerulangan, pemilihan kata atau diksi, dan perlambangan. Karya-karya

tersebut. menjadi amat berkesan dan bersesuaian apabila didekati dan dinilai dari

Pendekatan-pendekatan Gunaan, Moral, Kemasyarakatan, dan Estetika, malah

Pendekatan Firasat pun.

Keseluruhan karya yang ditulis oleh pengarang-pengarang dari kalangan menten dan

pemimpin agama di Brunei Darussalam adalah terdiri daripada jenis sastera puisi moden

atau sajak. Saiak-sajak mereka merupakan sajak-sajak yang berprinsip, berdisiplin, dan

beretika dengan kemasukan lambang-lambang kealaman Melayu dan nilai-nilai

kelslaman yang padat. Dengan mengambil gaya penciptaan tersebut, karya-karya sajak

mereka amat menitikberatkan aspek keindahan dan keteraturan dalam pembinaan struktur

30

untuk tujuan supaya segala isi yang penuh dengan nilai-nilai kebaikan dan kebajikan

dapat tertuang dengan lebih bertepatan dan berkesan. Corak isi dan sturuktur karya yang

sedemikian rupa menjadikan ia amat sesuai, malah diperberatkan, untuk dilihat dan

dinilai dalam dua pengkaedahan, iaitu Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan

Keagamaan.

Suatu hal lain yang amat menarik dalam perkembangan kesusasteraan Melayu Brunei

adalah keterikatan atau keterpengaruhan penciptaarmya kepada alam sekitar (nature).

Unsur-unsur dari alam sekitar diambil untuk tujuan-tujuan mewujudkan perlambangan,

pengibaratan, atau perbandingan. Ini paling banyak terlihat dalam karya-karya pantun

dan cereka moden; selain itu terdapat sejenis syair yang amat khusus sifatnya dalam

konteks penciptaan sastera dan alam sekitar ini, iaitu bentuk syair yang dikenali dengan

panggilan “syair rajang” atau “syair rejang.” Karya syair tersebut merupakan hasil

sastera bersifat “raksi” yang menelah atau meramal nasib baik buruk seseorang melalui

pemakaian lambang-lambang tertentu alam seperi. hari, binatang, tumbuhan atau benda.

Antara karya-karya syair ini yang terkenal adalah seperti Syair Asii Rajang Hari,

Rejang Che Busu, Rejang Sindiran Maiat, Syair Rajang Kuda, Syair Rajang

Perkarangan, Syair Rajang Rempah, dan Syair Rajang Buah. Karya-karya begini

temyata amat berpadangan apabila kajian dan penilaiannya dilakukan dengan

menggunakan Pendekatan Firasat, Pendekatan Gunaan, dan Kritikan Eko Melayu.

Sama seperti sifatnya dengan pantun-pantun di alam Melayu, karya-karya pantun

Melayu Brunei juga banyak berilhamkan alam sekitar baik dilihat pada isi kias ibaratnya

mahu pun pada lambang dan penyeri struktur pola rimanya. Ini menjadi amat

31

bermanfaat dan berserasian benar apabila pengkajian dan penilaiannya didasarkan kepada

Pendekatan Moral, Pendekatan Estetika dan Kritikan Eko Melayu. Cara yang sama

juga dapat digunakan dalam pengkritikan dan peniiaian karya-karya cereka moden

Brunei, terutamanya karya-karya dari penghasilan Muslim Burmat. seorang pengarang

cereka Brunei yang tersohor dan terkuat. Dalam karya-karya novelnya yang bermutu—

terutamanya Lari Bersama Musim (1983), Terbenamnya Matahari (1996), Makna

Sebuah Ladang (2002), dan Terhang Tinggi (2002)—pengisahan banyak sekali

dikaitkan dengan persoalan pergelutan dan perhubungan manusia dengan alam sehingga

segalanya menjadi amat bersesuaian dan berkesan pula untuk dikaji dan dinilai dari

pendekatan atau perspektif Kritikan Eko Melayu. Dengan demikian, penerapan

Pengkaedahan Melayu pada kesusasteraan Melayu Brunei ini bukan sahaja dapat

dikeijakan pada karya-karya moden, tetapi juga pada karya-karya klasiknya.

CACATAN AKHIR : Setelah memberikan huraian prinsip-prinsip penerapaunya

dalam bentuknya yang agak singkat barulah dapat diakhiri makalah ini dengan suatu

catatan akhir. Di sini akan dirakamkan suatu penegasan bahwa Teori Pengkaedahan

Melayu mempunyai keutuhan dan kekuatan untuk menjadi teori mandiri; ini

dipertegaskan dengan berlandaskan kepada alasan-alasan yang kukuh dan rasional.

Seperti yang dapat diikuti dan difahami, pembentukannya adalah bertunjangkan kepada

reality kehidupan dan keagamaan penghasil sastera; hampir keseluruhan aspek

kewujudan dan kehidupan zahir batin bangsa Melayu diteroka dan dipilih untuk

dijadikan asas-asas pembentukan. la juga bertolak daripada kenyataan sebenar yang ada

32

pada corak, sifat dan sejarah kesusasteraan setempat yang menjadi sasaran, iaitu

kesusasteraan Melayu itu sendiri. Dalam pembinaannya itu, aspek-aspek manusia dan

kemanusiaan tetap mendapat perhatian dan perbahasan, dua aspek penting yang terabai

sama sekali dalam kebanyakan teoris sastera moden di barat kini; dengan demikian,

pembentukannya dapat dikatakan sebagai lebih lengkap dan menyeluruh. Mai ah,

aspek keagamaan menjadi satu antara teras terpenting dan tennustahak dalam

pembentukannya itu. Kerana itu, ia mampu untuk menjadi alat kerja-keija

pengkritikan, pengkajian dan penilaian sastera dengan lebih benar, menasabah, yakin

dan lengkap; ia temyata memiliki daya saing dengan teori-teori sastera moden yang

bercambah hebat di era globalisasi kini. Apatahlag* apabila potensi penerapannya

dikaitkan dengan kesusasteraan Melayu dari negara Brunei Darusslam yang

berfalsafahkan M1B (Melayu Islam Beraja); pengeijaan penerapannya temyata amat

bersesuaian dan bertepatan sekali kerana kesusasteraan tersebut adalah tercipta dengan

berlandaskan kepada prinsip-prinsip .kelslaman dan keMelayuan, yang tertulis oleh

pengarang-pengarang Melayu dari gologan bangsawan dan rakyat yang mengenali dan

mencintai agama dan alam.

Ditulis oleh Prof. Dato’ Dr. Hashim Awang Profesor Kesusasteraan Melayu JNT ER Sn BRUNEI DARUSSA AM.

Ogos 2003.

33

BIBLIOGRAFI

1. Agwan, A.R., (ed.), 199 . Islam and the Environment. Kuala Lumpur : S. Abdul Majeed.

2. Behrens-Abouseif, Doris, 1998. Beauty in Arabic Culture. Princeton : Markus Wiener.

3. Fazlun Khalid, (ed.), 1992. Islam and Ecology. New York: Cassell.

4. Glotfelty, Cheryll & Harold Fromm, (ed.), 1996. The Ecocriticism Reader :Landmarks in Literary Ecology. Athens : The University o f Georgia.

5. Hogan, Patrick Cohn, 2000. Philosophical Approaches to the Study o f Literature. Gainesville : University Press of Florida.

6. Mehdi Golshani, Dr., 1986. The Holy Quran and the Sciences o f Nature. Tehran : Sepehr.

7. Wan Abdul Kadir & Hashim Awang AR, (ed.), 1997. Seni dan Kosmologi.Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu.


Recommended